Akhirnya Pertempuran..

21 01 2008

Owh, selesai sudah sesi perjumpaan.

Yang berakhir dengan kekecewaan. Tak tertanggung rasanya. Hancur luluh hati, lebur usaha yang aku dan Asyatul lakukan. Kosong. Semuanya kosong.

Apa gunanya bertekak untuk membela nasib semua sekiranya yang lain hanya diam membisu. Hanya tinggal aku dan Asyatul yang berjuang habis-habisan. Bertekak, bersilat dan menepis tuduhan serta lontaran kata-kata lawan.

aku tertanya-tanya;

Mereka yang lain takutkan Tuan Pengerusi yang sentiasa kelirukah?

Atau risaukan Puan Pengusaha Taska, si tinggi lampai bak model terkenal?

Mungkin jua, khuatirkan sidekick Puan Pengusaha Taska – Sang Suara Besar?

Atau pun gerunkan ayahanda Puan Pengusaha Taska – Dato’ Rambut Putih?

Jawapannya ada pada diri mereka sendiri.

Setidak-tidaknya aku dan Asyatul tumpas dalam perjuangan ini dengan maruah. Penuh kehormatan.

Sebagai wira.

Wira Taska? *senyum kelat*





Penentuannya Nanti.

21 01 2008

Hachooo…

Penuh sawang blog ini ekoran kemalasan menjerut sanubari. Entahlah mungkin terlampau sibuk atau tiada cerita menarik untuk dikongsi. Atau aku sememangnya ‘hilang selera’ untuk mencoret di kertas online ini.

Petang ini aku diheret untuk bersama-sama hadir ke perjumpaan ibu bapa dengan pihak pengurusan taska. Aduh! pening kepala perihal isu taska yang tidak habis-habis.

Semoga petang ini keputusan muktamad yang membela nasib ibu bapa akan diperolehi. Doakan ya!

Sekurang-kurangnya usaha aku mengarang surat aduan buat kali ketiga yang telah dilayangkan ke pihak pengurusan takkan terbazir begitu sahaja. Insya-allah.

Semoga jua penat lelah Asyatul merangka penubuhan Taska tidak dipandang sepi. Insya-allah.

Semoga individu yang lebih layak mengusahakan taska dapat beroperasi, mengenepikan pengusaha sekarang yang tidak tahu erti menghormati dan mementingkan diri. Insya-allah.

Semoga.

Semoga.

Amin!





Maal Hijrah 1429H

9 01 2008

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429H kepada semua.

Tibanya tahun baru membawa seribu pengertian dan harapan.

Jangan lupa baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun ya! Di bawah ini saya sertakan link yang yang boleh dicapai.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Salam.





2008 Is Here

1 01 2008

Happy New Year to all.