Skreemr

30 04 2008

I woke up this morning with a headache.

Extremely tired.

Exhausted.

Low motivation.

My body screams for a rest! Owh, how I wish that the rejuvenation pod in The Sims is for real. Which could zaps away fatigue in seconds. Huhu…

Kuantan-Putrajaya-P.D. and P.D. again has taken a toll on me.

I definitely need a break.

I demand a leave. Can you hear me, Boss?

Yeah, in my dreams

 





Aku Benci Menunggu

27 04 2008

Aku benci menunggu!

Seharusnya dari pukul 1 tengahari lagi aku dan rombongan bertolak ke Bayu Bech Resort, P.D. untuk mengurus setia Bengkep Mata-mata Gelap yang terakhir untuk tahun ini. Walau bagaimanapun, dek kerana terlampau efisiennya pemandu Kementerian – En. A.F. , kami terpaksa menunggu sejam setengah untuk bertolak ke destinasi. Itu pun setelah penat menelefon pegawai Korporat.

Terima kasih kepada En. M.D. yang sudi memandu bas bagi pihak Encik A.F. yang banyak karenahnya.

Kepada Encik A.F., makan ubat ikut jadual supaya perkara begini tak berlaku lagi di masa hadapan.

* tak mungkin Encik A.F. akan baca blog ini kan?





Di Kala Hening Malam

10 04 2008

Salam.

Aku kembali menulis setelah hampir dua bulan terikat dengan tugas-tugas yang mendesak. Banyak yang ingin dikongsikan namun kekangan masa membataskan.

Cukuplah aku coretkan perkara-perkara terkini sahaja. Pekara yang sudah ‘lapuk’ sekiranya berpeluang akanku kongsi melalui medium yang lain. Suatu masa nanti.

Ketika ini, dengan bertemankan secawan teh ‘O’ yang suam-suam kuku, aku dan sahabatku – Cik A.M. sedang bertungkus-lumus menyiapkan dokumen yang teramat penting sebagai panduan warga Kementerian. Meski pun, dokumen yang perlu kami rangka hanya melibatkan proses kerja di Unit NPT, namun fasa sumbang saran yang kami lalui penuh liku dan ranjau. Tambahan pula, aku orang baru dalam bidang ini. Nampaknya doa dan restu yang dikirim oleh kedua-dua bos dari Kementerian kurang menjadi. Aku fikir sekiranya mereka juga turun padang, halangan ini dapat kami tempuhi bersama.

Nota : Ini bukan luahan perasaan tapi cebisan fikiran.

Seterusnya, ingin aku khabarkan di sini yang aku dan suami telah menyahut seruan Dr.M dan sekali gus melancarkan kempen Anti Produk Belanda. Iya, aku akui di rumah masih ada produk Negara ini yang masih belum habis digunakan; seperti syampu badan Dove dan syampu rambut Sunsilk, namun kami telah mencapai kata putus dan berpakat untuk tidak membeli lagi produk-produk yang berkaitan.  Kalau hanya segelintir yang berusaha manakala yang lainnya buat endah tak endah, sememangnya kempen ini tidak akan menjadi. Bak kata pepatah, lidi sebatang takkan sekukuh lidi seberkas (antara ingat-ingat lupa; maaf sekiranya silap memetik kata-kata). Justeru, aku menyeru kepada semua untuk turut serta dalam kempen ini.

Dan yang terakhirnya untuk coretan kali ini, anak kesayanganku – Muhamad Rifqi Naufal telah dimasukkan ke hospital berikutan diagnosis Doktor yang mengatakan terdapatnya jangkitan pada paru-paru. Alhamdulillah, kesihatannya semakin pulih. Sehingga saat aku menulis khabaran ini, setiap hari Ayah dan Mak akan berulang ke Alor Setar menjengukkan diri ke Hospital Pakar dan membenarkan darah Rifqi diambil. Rifqi juga perlu mengambil ‘nebulizer‘ untuk mengurangkan ‘phlegm‘ dan melapangkan dada. Aku pohon doakan kesihatan anakku ya!

Sekian dulu. Wasalam.

ziggurats@swissgarden&spa

Kuantan, Pahang