Tag Series!

29 07 2008

I was tagged by Sabrinadnan. Sorry for the late reply though. So, here goes the answers.

Question 1: What were you doing 5 years ago?

I was struggling in completing the never – ending practical session (MAGANG) back in 2003. And during that year I’ve got to know my now husband – Zam.

Question 2 : What were the 5 things on your to do list today?

1. Compose a letter of appoinment for Jawatankuasa Penyiasat

2. Drafting the Star Ratings document

3. Call the agency and set a date for the next Kajian Audit Nilai

4. Go to the clinic – bad coughing

5. Get the new comforter set that I’ve been eyeing since the last two weeks

Question 3: What are 5 snacks that you enjoy?

1. chocolates

2. granola bars

3. fruits

4. cupcakes

5. crackers

Question 4 : What are 5 things that you would do if you were a billionaire?

1. Pay all debts

2. Buy a house by the beach which means fantastic view!  

3. Give some money to my parents

4. Go travel sumwhere

5. Donate some to the needed ones

*though I’m pretty sure with me being billionaire, I’ve got more that 5 things to do, eh?

Question 5: What are 5 jobs you’ve had?

1. Helper at the currypuff stall near Penang Road -  I was helping my computer teacher back then but I guessed it’s counted as a job for I was paid RM 12 every day.

2. Research Assistant @ Health Institute, Bangsar

3.Teacher @ KMKN, Kuala Nerang, Kedah

4. Management Trainee @ JUSCO Maluri

5. Pegawai Takde Duit!

*with this, I’m tagging Anjas Asmara, Ayue, Chech, K-Lynn and Shahrill *grinning*





argh….

21 07 2008

Great!

At the time when work is at its peak, my Boss suggests my name to the agency for an interview.

SYMP – I’m oblige to carry out the duty.

No complain.

Away for tomorrow and the day after that. *sigh*





Congratulating C & C

17 07 2008

Congrats to both Chech and Camus to their new found joy; the arrival of a baby boy – Khalish. Welcome and embrace the nappy change-and-sleepless night-routine, dear. Which means UNLIMITED happiness, of course! Wee…

~Ayue and I with the glowing ;Sweet Mama~

~Rifqi’s soon-to-be-best buddy, Khalish~





Mukah, Sarawak…dekat di hati

15 07 2008

Arahan bertugas melaksanakan pemantauan di Sarawak memberi peluang menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang ini. Menarik dan eksotik. Sesungguhnya perjalanan ke Mukah dari Bandar Sibu mengundang seribu keinsafan dan rasa penuh kesyukuran.

Debaran mengharungi perjalanan yang mencabar berjaya dilalui dengan tenang. Mujur juga tidak makan berlebihan. Sekadar menjamah roti putar – hidangan dalam pesawat MAS. Jika tidak, sudah tentulah terhambur isi perut dek dilambung-lambung dalam kenderaan pacuan empat roda. Jalan kanggaru, gelarannya. Tak salah pilihan gelaran nama tersebut kerana duduknya aku di dalam kenderaan itu tidak pernah tetap, asyik beralih dan melompat-lompat. Namun dalam keadaan begitu masih sempat jua terlelap sekejap-sekejap. Hehe…

~Azka Cake House~

Hari pertama tiba di Mukah, kedai kek Azka inilah yang dilawati. Kedai kek ini terkenal dengan kek lapis yang dibuat dengan mentega (100%). Disebabkan itulah harganya pun agak tinggi sedikit berbanding harga yang kek di kedai lain. Bukan harga yang jadi ukuran – kualiti yang lebih penting! Di kedai ini, aku berjaya memborong dua jenis kek lapis – masam manis dan lapis mutiara. Enak! Maaf tiada gambar disertakan.

Selesai memborong, terus pulang ke hotel dan bersiap untuk keluar makan malam. Memandangkan matahari cepat terbenam di sini, makan malam kami hanyalah di medan selera berdekatan hotel. Hasrat untuk mencuba masakan Melanau hancur apabila dimaklumkan tetebih dan tebaloi dah habis sedari tengahari lagi. Huhu… Pilihan terakhir – Nasi Goreng Ayam Panggang yang mana dihidangkan beserta sambal. Tak ada bezanya dengan nasi di Semenanjung, hampa.

~Nasi Goreng Ayam Panggang~

~Wajah-wajah yang kelaparan~

Pagi keesokkan harinya kami bergegas ke Politeknik Mukah (PMU) untuk melaksanakan ujian air kencing secara mengejut. Memang thrill. Program kali ini aku lihat mendapat sambutan yang menggalakkan. Mana tidaknya setiap kali nama diumum untuk menerima surat, sorakan bergema. Mesra sungguh kakitangan PMU dengan pihak pengurusan. Mungkin kerana semuanya tinggal di kuarters dalam kawasan yang sama – memungkinkan ini berlaku. Ibarat dalam satu komuniti, komuniti mereka sendiri.

~Berehat di Holding Room yang cantiknya mengalahkan yang terdapat di Kementerian~

Apa yang menariknya di PMU ini selain kakitangannya yang ramah, ialah landskap kawasan sekitarannya yang indah dan cantik mata memandang. Suasana yang sememangnya kondusif untuk pelajar-pelajar di sini. Mengundang keasyikan. Berikut disertakan beberapa syot yang berjaya diambil…

~Putih suci~

~Merah berani~

~Hijau dan Merah serasi~

~Merah jambu memikat hati~

Malam terakhir kami di Mukah, Kak Jam dan suaminya Encik Aladin berbesar hati belanja makan di satu kedai berhampiran sungai di Mukah. Malam itu kami berbual panjang mengenai cerita yang tiada kaitan dengan kerja di pejabat. Kak Jam yang minat memasak tidak lokek memberi panduan dan tips untuk menyediakan kek lapis Sarawak dan kek Hati Pari. Huhu, yang pasti, aku tiada kesabaran untuk menunggu sehingga lapan ( 8 ) jam untuk menyiapkan sebiji kek. Biarlah beli saja di kedai. Tabik hormat pada Kak Jam kerana kesediaan dan kesabarannya menyediakan kek-kek sedemikian.

Rupa-rupanya malam itu, kami juga disajikan dengan hidangan tradisional masyarakat Sarawak iaitu umai. Homemade umai. Bagi aku yang menggemari sushi, tiada masalah. Kelainannya hanyalah pada pencicah dan side dish-nya, sago. Sangat sedap sehingga menjilat jari. Kerana isi ikan tidak digaul bersekali dengan pencicahnya, jadi isi ikan itu tidak lantoh (hanyir). Sayang sekali kerana keadaan lampu yang malap malam itu tidak mengizinkan syot gambar yang lebih tajam (sharp).

 

~Homemade umai dan sago~

~Umai yang siap untuk dimakan~

    ~ Kak Zu dan Kak Jam dengan nanas Sarawak yang manis~

~ Sejuk betul malam ni~

~Encik Aladin yang kelakar dan suka ketawa~

Setelah kenyang perut menjamu selera, kami dibawa pula ke kedai rakan karib Encik Aladin untuk melihat sendiri bagaimana hidangan eksotik Sarawak – ulat mulung disediakan. Phew! memang hebat sekali. Sihat-sihat belaka ulatnya. Menurut tuan punya kedai tersebut, ulat mulung ini susah nak dapat sebab tu harganya mahal, rasanya sedap – masin-masin dan lemak sedikit. Nyum, nyum. Aku dan Ani tak melepaskan peluang memegang ulat segar (hidup lagi tau!) itu. Walau pun takut, tadah juga tangan untuk dirayapi. Eiii….tak nak dah.

Ulat tersebut dimasak sebaik saja menerima tempahan. Ulat yang dah siap dicuci terus dibawa ke dapur untuk digoreng. Mengeliat menahan kepanasan. Kesian betul. Kemudian, mentega ditambah. Ala-ala udang mentega gitu. Ketika mentega diletakkan, memang wangi betul baunya. Tapi mengenangkan ulat mulung yang dimasak, terbantut selera. Hehehe, no offence though. Selepas ditambahkan menterga, sejenis daun yang baunya seperti serai dimasukkan diikuti dengan garam secukup rasa. Dah siap! Slurp…

 ~Ulat mulung~

~Aksi berani~

~Aksi memberanikan diri~

 ~Buttered maggots, ready!~

p/s: Sekian dulu dan owh ya, untuk gambar-gambar di Kuching, Sarawak aku muatnaik kemudian saja eh! *nyeh nyeh*





Just A Note

7 07 2008

Dear all,

I’ll be away for four days, off to Sarawak on business trip.

Love,

-ziggurats-





On Baking Lesson

7 07 2008

It’s been quite sumtime that I wish to learn on how to properly bake cakes. And at last, after exchanging few emails, I finally got myself to attend a class with Kak Yasmin in KL. Cik Nott was supposed to joined me but due to certain unavoided circumtances, she decided to pass this one. Maybe later, dear.

The journey to Kak Yasmin’s place was a total chaos. Being the absent-minded me, I forgot to bring back the map to her place. Luckily I’ve got Kak Zu to provide me the infos. It was confusing and we’ve got to call Kak Yasmin for help and directions. The bad traffic in KL worsen the conditions even more. Huh! I hate traffic jam.

Just as expected, I arrived late at Kak Yasmin’s place. Quickly put on my Anakku apron and dash to the kitchen to start learning. There I met Meera – a student from UKM. We never met and yet we feel so close. Weird. I did not feel awkward at all. Surprise, surprise.

Kak Yasmin’s way of teaching is so easy to follow. Step-by-step. She gave us tips from time to time. Tak kedekut ilmu langsung! Do check out her work here. So cool! In a nutshell, I feel that this basic class is worth of the money spent. Seriously. The class is small, therefore you get the chance to interact well with each other and the opportunity to ask the guru lotsa quetions. I surely enjoyed the class. Very much.

So here are some pictures of my first cake and cupcakes.

The clown hanging on the balloons

The dreamy pink clown

The helicopter view

Such a colourful cake indeed

#1 Cup cakes (nyeh nyeh)

It’s hideous I know (hey! it’s my first project -lah)

My cupcake’s Number 1 fan

p/s: please mind the poor pictures due to poor lighting :)





Menjawab Tag…

1 07 2008

Saya telah ditag oleh Chech pada 22 Jun 2008.

Nama timang-timangan oleh orang tersayang?

Dalam keluarga, Ayah, Mak dan Yen panggil Kakak sebab saya anak yang sulung. Kawan-kawan kat berek Polis dan sekolah rendah panggil Fidah. Masa di tingkatan satu hingga tiga, ada pula yang panggil Rafied (yikes! tapi masa tu rasa macam kewl giler,nyeh nyeh). Nama Fique ni, my best friend – Yon (kat mana kau sekarang, eh) yang kasi and I kinda stick to it. Dia yang letak ‘q’ instead of ‘d’. For whatever reason; I still dunno. Huhuhu…Owh, kalau suami; semestinya nama panggilan yang bak kata Chech – saccharine sweet dan Rifqi panggil Ibu, walaupun setakat ini yang terkeluar dari mulutnya hanyalah Bu…

Anda seorang yang?

I’m a normal homo sapiens. Walau bagaimanapun, kadang-kadang I’m a bit peculiar. Saya benci menunggu, saya tak suka kelihatan bodoh atau diperbodohkan. Saya juga pantang kalau ada yang terlebih dulu membaca majalah yang baru saya beli. Lebih-lebih lagi kalau ada mukasurat yang terlipat – geram! Suami saya cakap saya adalah orang yang banyak sangat pantang. Adakah itu cerewet? Selain perkara di atas, saya sebenarnya OK dan mudah dijadikan kawan. Siapa nak testify ni? Anyone? Hehe..

Insan teristimewa

Keluarga – merangkumi semua dan semestinya rakan-rakan.

Makanan dan minuman kegemaran saya?

Untuk makanan kegemaran, I could never say no to Yong Tau Foo bersup. Saya juga sukakan mee kuah air tangan Mak. Minuman kegemaran pula – OJ (as for now, I’m addicted to Tropicana Twister) atau Mango Juice (Peel Fresh). Itu saja.

Warna kegemaran?

Saya sukakan hitam kerana Black is prestige. Kuning, jingga dan fushsia pink. Juga sukakan warna warni.

Lagu kegemaran?

Tadika - Lagu Sepohon Kayu (nasyid ni!)

Sekolah Rendah – Lagu Ais Kacang dan Tiga Orang Kawan (promotes multi-racial community ni)

Sekolah Menengah – Form 1-3 : Take That songs (Robbie, you rocks!); Form 4-5 : Smashing Pumpkins songs

Matriks dan Uni – SP songs again (masa SP berpecah, emo sangat-sangat. Dan saya tak suka kumpulan baru Billy Corgan yang meniru bulat-bulat konsep SP; Zwan = HAMPEH) dan Exists (thanks to Ris). Lagu yang terkesan ketika ini – Have You Ever (Brandy) dan Walking After You (Foo Fighters). Ada satu lagi, sheesh..If You only Knew (Gil and The Moffatts).

Now – I love 90’s songs, oldies and a few songs from singers that I could tolerate with. However, SP is still Number One. Definitely. Anuar Zain. Faizal Tahir. Sarah McLachlan. Leona Lewis.

Siapa yang selalu buat saya gelak?

Zam dan Rifqi dalam cara mereka sendiri. Contohnya semalam, bila Zam cuba ajar Rifqi sebut ‘lorry’ dan yang Rifqi boleh sebut hanyalah ‘lo lo’. Bila Zam sebut ‘lorry’ dengan bunyi sengau –> ‘loh heee’, Rifqi pun buat bunyi sengau. Kelakar sangat. Hik hik.

Sikap yang buat saya tertekan?

Orang yang perasan bagus dan busuk—> keji sungguh.

Tiga perkara yang selalu ada dalam beg?

1. Dompet – mengandungi kad pengenalan sendiri dan Rifqi, kad PPTD, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kad kesihatan panel Insurans, kad panel kesihatan TH sendiri dan Rifqi, stiker 10% off Manhattan Fish Market, kad Millenium Gold Domino Pizza, kad Sogo, kad Bonuslink, kad Mesra, kad Anakku, kad Avon, kad Kumpulan Darah dan Kad Toys ‘R’ Us beserta duit syiling (khas untuk Rifqi naik Thomas And Friends / Merry Go Round kat Alamanda/Kompleks Membeli-Belah) dan duit kertas + resit-resit pembelian barang.

2.  Beg alat mekap – semua ada : make up base, foundation, compact powder, eyeliner in white and black, mascara, eye shadow (earth tone), blusher, brush, lipstick and lip gloss. Lazimnya saya hanya menggunakan lippy dan gloss sahaja. Tapi untuk mudah, bawa semua.

3. Wet Tissue

Kali terakhir anda beriya-iya menangis?

Semasa nak bersalin, menangis sebab sakit dan tambah-tambah lagi bila tengok Mak menangis. Huwaa..kisah benar ni.

Perkara paling lucu atau memalukan dalam hidup anda?

Uhuh, perkara ni berlaku semasa saya di Tingkatan 3. Masa tu kan ada subjek Geografi yang perlukan setiap pelajar buat kajian tempatan. Saya dan beberapa orang kawan memilih untuk membuat kajian di Fort Cornwallis, Pulau Pinang . Setelah penat melawat dan mendapatkan maklumat di kawasan Fort Cornwallis (baca: kena masuk kubu bawah tanah), kami melepas lelah di kawasan playground dekat-dekat situ. Semasa menunggu Ayah sampai, kami lepak-lepak naik buaian. Wah, masing-masing teringat zaman kanak-kanak.

Alkisahnya, nak dijadikan cerita, ada seorang kawan saya bernama Farah mengajak kami semua naik papan gelunsur. Kami berbaris menaiki anak tangga dan saya merupakan orang kedua. Shurr, Farah mengelunsur. Dah hampir dengan penghujung papan gelunsur, Farah melompat. Saya hairan juga dengan aksinya tapi relaks saja sebab tengah ‘berkoya’. Tiba giliran, saya laju mengelunsur. Lepas beberapa ketika saya dengar nama saya dijerit “Rafied, lompat!”. Namun dah terlewat, dengan lajunya saya melunsur di atas bendalah tersebut. Huwaa…tiba-tiba, kenapa lembap semacam ni? Busuk pulak tu… Aiyoo, apa ni?

Ketika itu, nak menangis pun tak guna, habis baju sekolah tercemar dengan bendalah tersebut. Pegi tandas dan basuh setakat yang boleh, nak tukar baju, baju salin tak bawak. Terpaksalah juga tunggu Ayah. Kesian kawan-kawan yang terpaksa menutup hidung menahan bau sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Dalam kereta, Ayah dah mula membebel. Sabar jelah. Dalam menutup hidung tu, sempat jugak kawan-kawan gelakkan saya sepenuh hati. Bertuah punya kawan-kawan, kenapalah tak warning awal-awal. Sampai rumah, saya terus mandi dan buang baju sekolah tu. Eii, tak nak pakai dah. Geli.

* Untuk pengetahuan, bendalah tu pada pandangan saya adalah tahi anjing  walaupun Farah bersungguh-sungguh kata dia nampak macam tahi orang. Uwek!!! Selepas kejadian ni, saya tak pernah lagi naik gelunsur kerana trauma.

Malu ada, lucu pun ada kan?, tentukanlah sendiri ya.

Tag orang…

Saya ingin tag Anis kerana dia dah lama tak update blog (jangan bagi alasan, aa), Undomiel (you’ve got to do this, I know you love it), Kay (buat jangan tak buat) dan Sabrinadnan (mesti banyak kisah lucu ni).