Mukah, Sarawak…dekat di hati
Arahan bertugas melaksanakan pemantauan di Sarawak memberi peluang menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang ini. Menarik dan eksotik. Sesungguhnya perjalanan ke Mukah dari Bandar Sibu mengundang seribu keinsafan dan rasa penuh kesyukuran.
Debaran mengharungi perjalanan yang mencabar berjaya dilalui dengan tenang. Mujur juga tidak makan berlebihan. Sekadar menjamah roti putar – hidangan dalam pesawat MAS. Jika tidak, sudah tentulah terhambur isi perut dek dilambung-lambung dalam kenderaan pacuan empat roda. Jalan kanggaru, gelarannya. Tak salah pilihan gelaran nama tersebut kerana duduknya aku di dalam kenderaan itu tidak pernah tetap, asyik beralih dan melompat-lompat. Namun dalam keadaan begitu masih sempat jua terlelap sekejap-sekejap. Hehe…
~Azka Cake House~
Hari pertama tiba di Mukah, kedai kek Azka inilah yang dilawati. Kedai kek ini terkenal dengan kek lapis yang dibuat dengan mentega (100%). Disebabkan itulah harganya pun agak tinggi sedikit berbanding harga yang kek di kedai lain. Bukan harga yang jadi ukuran – kualiti yang lebih penting! Di kedai ini, aku berjaya memborong dua jenis kek lapis – masam manis dan lapis mutiara. Enak! Maaf tiada gambar disertakan.
Selesai memborong, terus pulang ke hotel dan bersiap untuk keluar makan malam. Memandangkan matahari cepat terbenam di sini, makan malam kami hanyalah di medan selera berdekatan hotel. Hasrat untuk mencuba masakan Melanau hancur apabila dimaklumkan tetebih dan tebaloi dah habis sedari tengahari lagi. Huhu… Pilihan terakhir – Nasi Goreng Ayam Panggang yang mana dihidangkan beserta sambal. Tak ada bezanya dengan nasi di Semenanjung, hampa.
~Nasi Goreng Ayam Panggang~
~Wajah-wajah yang kelaparan~
Pagi keesokkan harinya kami bergegas ke Politeknik Mukah (PMU) untuk melaksanakan ujian air kencing secara mengejut. Memang thrill. Program kali ini aku lihat mendapat sambutan yang menggalakkan. Mana tidaknya setiap kali nama diumum untuk menerima surat, sorakan bergema. Mesra sungguh kakitangan PMU dengan pihak pengurusan. Mungkin kerana semuanya tinggal di kuarters dalam kawasan yang sama – memungkinkan ini berlaku. Ibarat dalam satu komuniti, komuniti mereka sendiri.
~Berehat di Holding Room yang cantiknya mengalahkan yang terdapat di Kementerian~
Apa yang menariknya di PMU ini selain kakitangannya yang ramah, ialah landskap kawasan sekitarannya yang indah dan cantik mata memandang. Suasana yang sememangnya kondusif untuk pelajar-pelajar di sini. Mengundang keasyikan. Berikut disertakan beberapa syot yang berjaya diambil…
~Putih suci~
~Merah berani~
~Hijau dan Merah serasi~
~Merah jambu memikat hati~
Malam terakhir kami di Mukah, Kak Jam dan suaminya Encik Aladin berbesar hati belanja makan di satu kedai berhampiran sungai di Mukah. Malam itu kami berbual panjang mengenai cerita yang tiada kaitan dengan kerja di pejabat. Kak Jam yang minat memasak tidak lokek memberi panduan dan tips untuk menyediakan kek lapis Sarawak dan kek Hati Pari. Huhu, yang pasti, aku tiada kesabaran untuk menunggu sehingga lapan ( 8 ) jam untuk menyiapkan sebiji kek. Biarlah beli saja di kedai. Tabik hormat pada Kak Jam kerana kesediaan dan kesabarannya menyediakan kek-kek sedemikian.
Rupa-rupanya malam itu, kami juga disajikan dengan hidangan tradisional masyarakat Sarawak iaitu umai. Homemade umai. Bagi aku yang menggemari sushi, tiada masalah. Kelainannya hanyalah pada pencicah dan side dish-nya, sago. Sangat sedap sehingga menjilat jari. Kerana isi ikan tidak digaul bersekali dengan pencicahnya, jadi isi ikan itu tidak lantoh (hanyir). Sayang sekali kerana keadaan lampu yang malap malam itu tidak mengizinkan syot gambar yang lebih tajam (sharp).
~Homemade umai dan sago~
~Umai yang siap untuk dimakan~

~ Kak Zu dan Kak Jam dengan nanas Sarawak yang manis~
~ Sejuk betul malam ni~
~Encik Aladin yang kelakar dan suka ketawa~
Setelah kenyang perut menjamu selera, kami dibawa pula ke kedai rakan karib Encik Aladin untuk melihat sendiri bagaimana hidangan eksotik Sarawak – ulat mulung disediakan. Phew! memang hebat sekali. Sihat-sihat belaka ulatnya. Menurut tuan punya kedai tersebut, ulat mulung ini susah nak dapat sebab tu harganya mahal, rasanya sedap – masin-masin dan lemak sedikit. Nyum, nyum. Aku dan Ani tak melepaskan peluang memegang ulat segar (hidup lagi tau!) itu. Walau pun takut, tadah juga tangan untuk dirayapi. Eiii….tak nak dah.
Ulat tersebut dimasak sebaik saja menerima tempahan. Ulat yang dah siap dicuci terus dibawa ke dapur untuk digoreng. Mengeliat menahan kepanasan. Kesian betul. Kemudian, mentega ditambah. Ala-ala udang mentega gitu. Ketika mentega diletakkan, memang wangi betul baunya. Tapi mengenangkan ulat mulung yang dimasak, terbantut selera. Hehehe, no offence though. Selepas ditambahkan menterga, sejenis daun yang baunya seperti serai dimasukkan diikuti dengan garam secukup rasa. Dah siap! Slurp…
~Ulat mulung~
~Aksi berani~
~Aksi memberanikan diri~
p/s: Sekian dulu dan owh ya, untuk gambar-gambar di Kuching, Sarawak aku muatnaik kemudian saja eh! *nyeh nyeh*

















Loading...
where are the wriggling caterpillars or whacchamacaalit vids?
Shahrill Ramli - Julai 17, 2008 at 3:48 pm
umphhh..sungguh kesian tgk ulat tu…..did u mention ada tak u try dlm entry ni? takde kannn..
mamawafiy - Julai 22, 2008 at 5:00 pm
Kak..jgn post gambar makanan kak…huhuhu, buat sy teringat nak balik Mesia..uwaaaaaaa..
Anjas Asmara - Julai 24, 2008 at 9:14 am
Shahrill,
I dun want to upload the vids la. Yuck!
Mamawafiy,
Nay, I dun have the guts to try one.
Anjas Asmara,
Balik M’sia eh. Tak pun nanti akak pos nak? Hehehe..
ziggurats - Julai 29, 2008 at 1:09 pm