Telinga masih bengang…
Badan masih penat…
Otak masih letih…
Dek kerana maraton KL-Kedah-KL…
Bro, jangan buat lagi aa!!!
Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk entri ini

Telinga masih bengang…
Badan masih penat…
Otak masih letih…
Dek kerana maraton KL-Kedah-KL…
Bro, jangan buat lagi aa!!!
Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk entri ini

Recently, I’ve posted these two photos in xK10clan Forum under the thread : Nostalgia K10. I hand-picked these two babies out of the many photos just for its sentimental values.
This picture was captured during the never-ending session of repainting the MTM Operation Room back in Year 2001. I remembered arguing on why the newly appointed MTM had to paint the room. Did not get the answers immediately though, but after a while I knew that it sorta function like a rebonding session for all of us. By doing that, we get to mingle and know each other better. Well done, Pengetua!
Now, this picture was taken during Sukaneka K10. Eventhough the whole members of MTM were not there (in the picture, I mean) still this pic stirred sweet memories. Seen there were Ganes, Awien, Fitrie, Yorke and few others. These people are the ones I miss the most.
Sadly but true, I’d only manage to keep in touch only with some of them; namely Anjas (thru’ blog and facebook + Forum), Ris (phone, YM + Forum) and Arnie (Forum). The rest of em’ is a HUGE question mark. I’ve sended an email to some of the xK10clan members today in hope that some of em’ will reply ASAP. Hoping that they’ll never change their email addresses. Hoping that they truly never change. Hoping and continuely hoping.
Miss you all, dear friends. I really do.
Sebagaimana yang diterbitkan oleh Akhbar Utusan Hari Ini.
MUNGKIN ada antara kita tidak pernah mendengar pepatah “jika pohon kelapa tumbang, kura-kura pun teringin memanjatnya.” Itulah yang terjadi kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Pohon kelapa itu saya ibaratkan masyarakat Melayu dan ia baru condong, tetapi pelbagai haiwan yang sebelum ini tidak berupaya memanjat pokok yang begitu gagah tegak berdiri kini sedang menanti tumbangnya pokok itu.
Siapa yang menebang pokok ini? Tidak lain daripada orang Melayu sendiri yang sanggup memperjudikan masa depan dan maruah agama dan bangsanya semata-mata untuk menjadi pemimpin negara, semata-mata untuk membalas dendam ke atas seterunya.
Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini saya kira satu strategi taktikal yang sudah dirancang begitu lama dan merupakan salah satu atur cara yang disusun rapi untuk menghimpit pemimpin-pemimpin Melayu.
Kerajaan mungkin tidak akan mengenakan Akta Hasutan ke atas ‘pendekar-pendekar’ Majlis Peguam kerana semuanya sudah terlambat.
Kekuatan bangsa Melayu hanya bergantung kepada perpaduan kerana lain-lain kekuatan sudah jumud. Kita tidak ada lagi kekuatan ekonomi, pendidikan malah moral. Orang Melayu lemah dari semua sudut.
Pemimpin kita terus meminta orang Melayu terus bersabar dan memberi apa-apa konsesi yang ada kepada bangsa lain demi keamanan dan muhibah.
Angkara siapa kejatuhan Melayu? Pertama, angkara Melayu yang mudah lupa. Apabila segelintir korporat Melayu berjaya dan menjadi kaya-raya, mereka lupa diri dan tidak ada komitmen untuk membela bangsa. Akhirnya mereka sendiri tumbang dan merana.
Kedua, pemimpin-pemimpin Melayu tertentu yang asyik dengan kroni dan kemewahan, yang hanya memilih kawan rakan dan sanak-saudara untuk membantu mereka terus menjadi pemimpin. Mereka menjenguk rakyat bila ada pilihan raya.
Ketiga, pemimpin Melayu yang taksub dengan ideolgi sendiri yang sanggup melupakan perpaduan kaum sendiri.
Keempat, pemimpin yang sanggup melakukan apa saja, termasuk memperjudikan bangsa Melayu asalkan cita-citanya tercapai. Kelima, golongan pengikut kepada pemimpin-pemimpin ini yang setia membuta-tuli atau ada agenda peribadi.
Keenam, ada ulama yang gagal menjadi ulama dan akhirnya terjebak menjadi pengikut parti yang menghancurkan perpaduan Melayu. Ketujuh, orang Melayu yang senang dipanggil ‘liberal’ dan ’sosialis.’
Kelapan, orang Melayu yang hanyut dalam hidup (entah Islam entah Melayu) dan akhir sekali ‘bloggers’ yang asal usulnya Melayu tetapi kini liberal dan hanyut.
Suka atau tidak kita perlu menerima hakikat bahawa masyarakat bukan Melayu mempunyai think tank yang sentiasa memikirkan strategi untuk kebajikan dan kepentingan mereka. Mereka boleh duduk semeja walaupun daripada parti yang berlainan. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka mengunakan ‘kumpulan pelobi’ dan tekanan-tekanan lain secara kumpulan hingga tercapai matlamat
mereka.
Mereka tidak perlu mengadakan majlis perasmian bagi menguar-uarkan acara mereka seperti diamalkan kita. Amat malang budaya Melayu suka kepada besar dan meriah. Belum pun berhasil perbincangan UMNO dengan Pas, seluruh dunia sudah tahu apa yang diperbincangkan. Maka menerkamlah pihak-pihak yang fobia kepada perpaduan Melayu dan berfikirlah mereka bagaimana
menghentikan perbincangan ini.
Akhirnya matilah benih perpaduan Melayu, belum sempat disiram air tetapi terus disimbah racun.
Ada orang berpendapat sekiranya provokasi ke atas isu-isu orang Melayu dan Islam ini berterusan, peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang.
Bagi saya, ia tidak akan berulang kerana kita sudah ketandusan pemimpin seperti Datuk Harun. Orang Melayu yang berani berjuang untuk Melayu sudah hampir pupus. Yang tinggal kebanyakannya Melayu yang memperjuangkan untuk sesuatu yang ‘materialistik’.
Orang Melayu sudah dijajah lagi dalam bentuk baru dan sekali lagi Melayu berjaya ‘dipecah perintah.’ Pun begitu saya sendiri tidak bersetuju cara pertumpahan darah untuk melerai kekusutan Melayu kerana kita sepatutnya lebih bijak dan pintar daripada itu.
Perpaduan bangsa Melayu Islam sekarang ini tinggal sejarah. Orang Melayu lazimnya hanya insaf ketika di saat-saat akhir, ketika nafasnya sudah di penghujung.
Sebagai usaha terakhir, saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Melayu Islam agar bermuhasabah diri dan segera bersemuka tanpa apa-apa pra syarat, bunga manggar atau konvensyen di hotel terkemuka. Buatlah sesuatu yang ikhlas agar Melayu tidak tinggal nama dan budaya.
AIR MATA BUAT BANGSAKU
Alor Star, Kedah
——> Kredit buat Teman Terulung.
Nidji – Jangan Lupakan
ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang ku rindukan
memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang ku rindukan
would it be nice to hold you
would it be nice to take you home
would it be nice to kiss you
memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang ku rindukan
would it be nice to hold you
would it be nice to take you home
would it be nice to kiss you
[2x]
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku
*This song reminds me of some of the Radiohead’s slow number. Nice!
Sesuatu yang ingin aku kongsi bersama.
Selama kami berkawan dan bersahabat, dia sentiasa mempamerkan personaliti yang kuat (strong) dan ceria dan happy-go-lucky. Seolah-olah tiada duka dalam hidupnya. Kami berdua tidak rapat malah jauh sekali hendak dikatakan mesra, cuma rakan-rakan biasa sahaja. Namun, insiden awal minggu ini telah menjadikan kami lebih rapat dan mesra. ‘Insiden’ yang kumaksudkan di sini adalah kejadian yang mana aku telah menelefonnya.
Pagi itu, tanpa kusangka, sahabatku yang seorang ini sedang menghadapi tekanan. Tekanan yang tidak tertahan lagi. Hari itu, tiada lagi suara ceria kedengaran, tapi tangisan berpanjangan. Aku terkedu; tidak tahu bagaimana caranya untuk memberi respons. Sehinggalah, ayat keramat itu terpacul “Ziggy, sebenarnya saya sudah bersendirian”.
Lantas terbayang di ruang mata betapa tabahnya dia. Menahan duka. Rupa-rupanya selama ini, aku yang kurang peka, padahal buktinya jelas di depan mata. Sahabatku ini telah lama memberi klu, gambaran dan hints; cuma aku yang enggan dan segan membuka mulut untuk bertanya. Kesilapan yang amat kukesali.
Dan kini, aku harapkan agar dia lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. Untukmu sahabat, I’ll be by your side, always.
Komen terbaru