Iftar@Mi Casa
22 09 2008It took me two (2) weeks to plan out things for yesterday and alas, it went well; despite the last-minute cancellation by both Zam’s friend + fiancee and Cnot. Too bad as they missed out lotsa super nice things such as Zam’s signature curry and Nanie’s Moist Batek Cake (yummie!). And owh, not to mention of course, the joy of meeting new and old friends. Maybe next time, eh?
Therefore, here goes the bajillion thanks to Ris, Kak Arnie, Nora and Am for coming. You guys rawk and really made my day. It’s been ages since we last meet up, and I am sure this will be a begining to something that will bind us closer than ever.
Having the opportunity to catch up on the recent news, the ups and downs of this fella-that fella, gossiping, rekindling the friendships, reminising the good old days (uni life) and sharing a tips or two made me crave for more and even more gatherings. We shall do this more often, guys. Really.
Till next gathering!
Love y’all!
Komentar : 1 Komen »
kategori : Puzzles Of My Life
Dia Hanya Dipinjamkan Buat Seketika…
17 09 2008Lewat tengahari semalam, aku dikejutkan dengan berita sedih dan memilukan hati. Salah seorang sahabat OneZeroFivers sedang meratap kehilangan anak sulungnya yang baru berusia enam (6) bulan. Aku termangu seketika selepas menerima perkhabaran itu dari jiran sebelah rumahku menerusi YM. I find it hard to digest the news.
Tengahari itu, Ayue memberi perkembangan terkini dan serba ringkas keadaan di hospital. Katanya sahabat OneZeroFivers itu dan isterinya sudah tenang dan redha dengan pemergian anak kesayangan mereka. Tersentuh benar hati bila mendengarnya.
Alhamdulillah, lewat petang semalam setelah selesai tugas di pejabat, aku tergerak hati untuk menelefon sahabatku. Panggilan telefon diangkat oleh isterinya. Katanya mereka masih dihospital. Lantas kuajak jiranku (sepanjang bulan puasa ini, kami berkongsi kereta ke pejabat) pergi ke sana segera. Mujur jua Allah mempermudahkan laluanku, kebetulan jua Yeye (Cu Yen) tiba di rumah sejurus selepas kami sampai. Rifqi kutinggalkan bersama Yeyenya. Mujur juga si kecil faham.
Kami bergerak pantas ke hospital; terus menuju ke Bilik Mayat. Suasana hening meyelubungi. Di atas pelantar, aku lihat jenazah sedang dimandikan. Ibu dan Ayahnya ada disisi. Si ibu menyambut ziarah kami dengan senyuman dan ucapan terima kasih kerana sudi menziarah. Aku tidak mampu menahan air mata lagi melihat ketabahannya. Ya Allah, Kau kurniakanlah kesabaran kepada mereka berdua. Aku hanya mengangguk tatkala isterinya berkata-kata.
Menurut isterinya, mereka telah membuat perancangan untuk ke Indonesia dalam sedikit masa lagi kerana adiknya akan bergraduat. Tiket telah pun dibeli; namun mungkin tiada rezeki katanya. Aku masih mengangguk dan terusan menitiskan air mata. Aku lihat isterinya jua membendung air mata dari gugur.
Kemudiannya kami semua terdiam, sunyi seketika.
Isterinya berkata lagi. Katanya baru-baru ini mereka telah membeli banyak lampin bayi berikutan ada jualan murah, untuk dibuat stok. Sekarang, tanpa adanya permata hati mereka, katanya dia tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan stok lampin tersebut. Dan aku masih lagi mengangguk dan terus-terusan menitiskan air mata. Aku lihat isterinya jua masih cuba membendung air mata dari gugur.
Kemudiannya kami terdiam lagi, suasana hening.
Hanya kedengaran bunyi air yang dijirus ke badan jenazah.
Sekali lagi isterinya berkata-kata. Katanya, mereka ada membuat perancangan untuk mengabadikan potret mereka bertiga di Pasar Seni, namun masih belum berkesempatan. Agak terkilan katanya. Sekali lagi aku mengangguk dan menitiskan air mata. Sambungnya lagi, “Tadi saya ada bercakap dengan suami, pesan kami pada Fique, sekiranya ada apa-apa perancangan yang hendak dibuat bersama-sama anak, teruslah laksanakan, jangan bertangguh, nanti menyesal.” Dan kali ini aku betul-betul menangis.
Ketika petugas memberi peluang kepada pasangan suami isteri itu untuk memandikan anak mereka buat kali terakhir, sayu dan hiba betul hati bila melihat isteri mengusap-usap kepala jenazah anak mereka dan menyapu titisan air di wajah jenazah. Menunjukkan betapa kasihnya dia terhadap anak itu. Selepas ini tiada lagi senyuman dan ketawa anak ketika diagah. Tinggallah Ibu dan Ayah sendirian.
Selesai memandikan, isterinya berkata lagi. Menurutnya, dia nampak anaknya seperti sedang tidur, tenang dan aman. Aku terdiam. Sambungnya lagi sambil tersenyum; sebelum ini katanya dia yang akan memandikan anaknya, dan kali ini dia melihat orang lain pula melakukannya. Aku terdiam lagi.
Petang hening itu, aku menyaksikan jenazah anak mereka dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dipangku untuk dibawa pulang ke rumah, iaitu sebelum dikebumikan di Presinct 20 pada jam 9 malam. Dan petang itu jua, aku menyaksikan ketabahan kedua-dua orang sahabatku ini yang bergelar Ibu dan Ayah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan. Dugaan yang aku sendiri tidak pasti samada akan mampu kulalui.
Buat Arman dan Ima; salam takziah kuucapkan. Ketahuilah, bahawa anak suci itu akan menanti Ibu dan Ayahnya di pintu Syurga.
Amin.
Komentar : 5 Komen »
kategori : Friends, Motherhood
Aktiviti Di Awal Pagi
15 09 2008Pagi Sabtu, selepas Sahur, sebelum pulang ke Kampung Baba di Pahang, aku bertungkus-lumus membuat icing dan menghias kek cawan. Penat, memang penat; tapi sekurang-kurangnya berbaloi juga membeli ketuhar tempohari. Hehehe, nampaknya selepas ini, projek kuih Raya pula, insyaallah. Owh, satu hal lagi, sekurang-kurang bila melihat warna-warni kek cawan, kurang sikit sengal kes Hari Khamis!
Layan gambar ek…
Komentar : 8 Komen »
kategori : Puzzles Of My Life
Hilang Kehormatan!
12 09 2008Ini cerita semalam, tapi masih belum basi; sebabnya aku masih lagi terasa kesengalannya.
Senario : Mesyuarat di Aras Kayangan
Sebelum tiba hari mesyuarat yang mana tidak akan disertai oleh Immediate Boss kerana bercuti, aku sudah dapat merasakan bahangnya. Aku dah tanamkan niat untuk menjaga kemurnian dan kesucian mesyuarat dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat (apatah lagi ini bulan Ramadhan); walaupun kukira makian itu hanyalah monolog dalam hati atau berbentuk contengan di atas kertas.
Namun, bila tiba hari kejadian, aku pasrah. Perkara yang dirancang menjadi sebaliknya. Kucar kacir! Tiada smooth sailing seperti yang aku harapkan. Harapan tinggal harapan. Ketua yang sepatutnya memimpin telah menekan dan mengecilkan peranan urus setia. Banyak perkara yang dihighlightkan kekurangan/kesalahan ditudingkan jari ke arah – siapa lagi : urus setia lah.
Aku tersepit antara keputusan untuk membiarkan urus setia terus-terusan disalahkan atau untuk menegakkan kebenaran yang sekali gus akan menjatuhkan maruah Ketua. Mungkin juga kerana semangat dari rakan sepasukan, aku mengambil keputusan untuk bersuara. Tindakan yang secara automatik mengecilkan Ketua di pentas Mesyuarat di dalam Meeting Room, Aras Kayangan tersebut.
Tiada kekesalan. Hanya kerana aku merasakan sekiranya Immediate Boss ada, dia akan turut menuruti jejak itu. Yang menjadi persoalannya : Tidakkah ada sekelumit rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam diri Ketua kerana sepatutnya kekurangan/kesalahan yang dengan lantang dibebankan ke bahu urus setia adalah sebenarnya menggambarkan kelemahan kepimpinan dia sebagai seorang Ketua?
Dan,
Lewat petang semalam, aku menerima satu perkhabaran dari Ketua. Perkhabaran yang kukira lebih bersifat peribadi dan tidak menonjolkan profesionalismenya dalam menjalankan kerja. Terikat dengan terma ‘Saya Yang Menurut Perintah’, aku akan laksanakan semuanya. Dan aku tidak risau kerana segalanya berbentuk hitam putih. Kali ini biarlah aku menyerahkan bebanan yang ditanggung kepada Ketua, kerana dia layak untuk belajar menjadi lebih bertanggungjawab.
Semoga dia akan berubah.
Insyaallah.
Walaupun aku tidak memasang angan-angan besar yang perkara ini akan terjadi….
Nota : Maafkan aku, aku tidak senang menggunakan kata ganti nama diri ketiga ‘beliau’ untuk Ketua, lalu aku gantikan dengan ‘dia’. Kata ganti nama diri ketiga ‘beliau’ (pada firasatku) hanya sesuai untuk seseorang yang wajar dihormati. Maaf sekali lagi.
Terima kasih kawan!
Terima kasih juga kepada suami yang sudi meminjamkan telinga mendengar luahan seawal pagi tadi…
Komentar : 2 Komen »
kategori : S.U.C.K.S.























Komen terbaru