Hukhukhuk…banyak betul habuk, bersawang-sawang sarang labah-labah. Almaklumlah, ditinggal biar selama lebih kurang sebulan.
Seperti biasa, alasan kliseku apabila tidak mengemaskinikan blog – digigit virus kemalasan. Dan kali ini tiada bezanya. *senyum*. Seriusnya, banyak yang ingin dikongsi tetapi setiap kali mengadap komputer, jari jemari ini sukar betul untuk mengetuk butang-butang papan kekunci. *senyum lagi*
Sebagai makluman, entri kali ini tidak akan meliputi peristiwa Hari Raya yang lalu. Cukuplah sekadar melayari gambar Aidilfitri di Facebook, ya. Entri kali ini hanya akan mengetengahkan diariku selama seminggu di Negeri di Bawah Bayu. Layan saja, ya!
Pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Temuduga telah membawa aku dan Sya ke Sandakan, Sabah. Tempat yang selama ini hanya kubaca dalam buku teks sekolah. Seingat aku Sandakan dikenali ramai kerana terdapat tempat pemuliharaan orang utan iaitu di Sepilok. Jadinya, motif utama aku dan Sya selain daripada menjalankan tanggungjawab sebagai penemuduga, adalah untuk menjejakkan kaki ke tanah Sepilok (baca: perlu ambil gambar di papan tanda sebagai bukti!)
Tanggal 26 hb. kami bertolak dengan pesawat MAS ke Sandakan, Sabah. Penerbangan terus ini mengambil masa lebih tiga jam. Bosannya tak terkata, kami tidur, menyembang, tidur dan menyembang lagi. Habislah majalah yang ada dibaca dari kulit depan ke belakang. Hebatkan!
Jejak kaki saja di Sandakan, terus check in ke Hotel Sandakan yang merupakan hotel 4 bintang. Kami dikenakan tambang sebanyak RM22 dari lapangan terbang ke hotel. Sepanjang perjalanan, kuperhatikan kawasan sekeliling. Boleh tahan juga perkembangan di Sandakan. Tidak jauh lari dari arus pembangunan.
Tiba di hotel, masuk bilik, letak barang, terus saja kami mencari tempat untuk mengisi perut. Petang itu kami makan di Mix Cool stall. Perkhidmatannya teramatlah lambat. Menunggu makanan tiba sahaja, air minuman sudah separuh gelas. Nasib baik masakannya sedap.
Setelah kenyang, kami bergegas mencari teksi untuk ke Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant. Tempatnya tidak jauh dari hotel. Tambang yang dikenakan adalah RM8, walau bagaimanapun, oleh kerana kami meminta pemandu teksi menunggu sementara kami berdua melawat tempat dan yang pentingnya bercamwhoring, tambang pergi balik termasuk kos menunggu adalah RM20. Okeylah tu..(meminjam ayat Saida, peserta AF6).
Mari kita tengok gambar dulu ye..
Welcome to Agnes Keith House!
Di hadapan pintu gerbang ke Agnes Keith House

Bergambar di tiang lampu
Mendaki naik ke pintu gerbang (lihat: di belakang Sya adalah rumah Agnes Keith)
Pemandangan Teluk Sandakan
Setelah puas melawat Rumah Agnes Keith (baca: kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah), kami membasahkan tekak di English Tea House & Restaurant (ETH&R). Menjejakkan kaki di sini membuatkan aku terasa seperti berada di zaman Kolonial. Perhiasan dan suasana sekeliling amat cantik dan indah. Sayang sekali gazebo semuanya sudah penuh, kami hanya berpeluang minum petang di kafeteria. Sementara menunggu hidangan petang tiba, kami sekali lagi mengambil peluang merakamkan gambar kenangan di ETH&R. Di samping itu, kami juga tidak melepaskan peluang mencuba permainan Inggeris iaitu Lawn Croquet. Menarik!

Jom masuk ke English Tea House & Restaurant!
Nak makan apa ya?
Pilihanku – Traditional Banana Split (baca: sedap, tapi tak dapat dihabiskan kerana sakit tekak, rugi betul!)
Soft Center Chocolate Cake (baca: Kami berdua sempat merasa kesedapan kek ini sebelum Sya menjumpai benda aneh di dalamnya…)
Mencuba permainan croquet

Di depan pintu gerbang English Tea House & Restaurant
Uuh..entri ini akanku sambung kemudian ya, sudah hampir pukul enam petang. Perlu ambil Lil’ Rifqi di taskanya. Malam ini sekiranya lapang dan tidak digigit virus kemalasan, satu lagi entri akan menyusul.
Ciao!















Komen terbaru