I have a confession to make.
Selama 28 tahun aku hidup di dunia ni, pada aku handbags hanyalah accessories. Tak pernah merupakan sesuatu yang ada dalam my MUST HAVE list. Topping the chart would be shoes dan ni pun dulu-dulu la sebabnya semenjak ada Rifqi ni yang paling utama adalah semuanya berkaitan dengan anak; susu anak, baju seluar anak, kasut anak, insurans anak, klinik panel anak dan macam-macam lagi yang ada perkataan anak dibelakangnya.
Percaya atau tidak, selama berkhidmat dengan Kerajaan ni, handbags yang aku ada hanyalah lima biji aje. Tiga biji handbags Sembonia warna hitam (nak tangkap Bonia, aku tak mampu) dan dua biji lagik handbags Rorine warna creme dan hitam (beg Mak bagi, aku pakai jugak walaupun tak berkenan sangat! Hehehe…). Daripada lima biji handbags ni, dua h/bags Sembonia tu dah punah, tinggal satu je lagik, whereas h/bags Rorine tu, yang warna creme (satu set dengan kasut) telah diambil oleh Kakak Cleaner kat ofis ni. Aku dah buang dalam tong sampah, tapi sebab dia minta, aku bagilah. Sampai sekarang Kakak tu kalau datang vakum kat workplace aku, mesti sengih je bila tengok bawah meja bersepah dengan kasut. Tunggu masa je…*LOL* Beg Rorine hitam tu pulak ada beradu di atas rak, penuh dengan resit-resit barang yang aku kumpulkan. Jadi, h/bag apakah yang aku gunakan sekarang?
I will reveal the answer later.
Percaya atau tidak, aku juga tak pandang sangat dan tak pernah minat pun dengan h/bags. In my opinion, adalah sesuatu tak praktikal untuk beli beg yang harganya melebihi RM 200. Aku ingat lagi, beg Sembonia harga RM 100 ++ yang aku beli dulu pun terketar-ketar juga nak bayar. Namun ini bukannya bermakna aku seorang penjimat, oh! tidak sama sekali. I beg to differ that!
Jenama h/bags yang aku kenal pun setakat yang ada di Malaysia je, Carlo Rino, Sembonia, Bonia. Yang canggih sikit macam Nine West, Le Sportsac, Baby Phat dan etc. adalah jenama h/bags yang aku kenal melalui pembacaan makalah favouritasku – Cleo (PeeTeeDee sepatutnya baca makalah ilmiah, aku terbalik pulak, glossy mags jugak aku baca). Coach pun aku baru kenal masa pegi kursus BTN M44 (Februari 2008, lepas puji beg Erra yang aku rasa cantik gile). Hahaha, thanks to Erra sebab introducekan aku dengan Coach ni. Teruk tul aku, ketinggalan zaman betul!
Betapa tak kisahnya aku dengan dunia h/bags, sehinggalah satu saat tu, aku boleh konfius signature ‘C’ Coach dengan Carlo Rino. Kronik kan?! And that was THE turning point. Kini aku dah nampak cahaya di hujung terowong yang gelap itu. Perkenalan secara maya dengan Sis Ana, dah membantu mencelikkan mataku yang agak layu ni. Sekurang-kurangnya buat masa ini, aku dah kenal beberapa jenis h/bags yang kewl contohnya Anya Hirchmarch, (Etienne) Aigner, XOXO, Liz Clarborne, MBMJ, KVZ, Fossil, Kipling dan beberapa lagi. Ada yang dah masuk closet pun. LV is way out of reach, baik aku buat menda lain dengan duit tu. Nyeh nyeh.
Dulu kalau ke Alamanda, mesti aku nak menjengah ke outlet-outlet tertentu nak cuci mata (Zam mesti borink, bila ritual ni bermula) tapi sekarang tidak lagi. Sebabnya aku dah ada personal shopper. Order online jer, bayar duit, cukup masa yang dijanjikan, terima parcel. Kewl. Lagipun shopping online, tak perlu nak iron baju dan tudung, letak makeup dan bagai, pokoknya memang hassle free lah. Boleh shopping atas katil, sambil baring-baring. Rileks dan santai. Dan yang pentingnya untuk tidak merasakan bahawa aku hanya beli barang aku je, barang untuk Zam dan Rifqi pun dipesan secara online. Mudah. Senang. Praktikal.
Jadinya, apa yang ingin aku perkatakan kat sini, aku sekarang ni dah tau serba sedikit mengenai dunia beg tangan dan sedang mendalami ilmu shopping online. Next pit stop, dunia e-bay pula. Mungkin kengkawan aku ramai yang dah advance, boleh lah share ilmu eh. I’ma taking baby steps each time.
Dan seperti yang dijanjikan ini snapshot beg yang aku gunakan sekarang. Ada improvement, eh?








haha it’s been a while aku tak jenguk blog kau ni..ye la dlm pantang..btw i like ur h/bag nih..kewl..where did u get it? sejujurnya aku pun mcm kau tak kisah sgt psl h/bag ni..nak matching2 dgn kasut ke hape ke..brand2 yg aku knl pon lbh kurang kau jer…tapi i think kerjaya kita perlukan sumthin yg canggih dan branded (pd pndpt aku la..) sbb segan nnti kwn2 yg uptodate kata kita mcm selekeh je kan…
@mamawafiy : Sally dear, aku purchase bag ni thru’ online. Kuikuikui, pasal kerjaya kita yang perlukan sumthing yang canggih dan branded tu, aku setuju lah jugak, tapi apa pun kena ikut kemampuan kan? Barang murah kalau pandai digayakan not bad jugak. Tapi yelah, kalau kita dok dalam kelompok orang yang pakai beg ribu riban, haruslah kene menabung kalo nak join. At least ada satu dah cukup pada aku *berangan nak tambah koleksi*
uikk menarik gak online shopping nih..kalu camtu..kindly gimme the link heheee
kak fid…..never too latelah….kekadang beli beg mahal bukan nak menunjuk tp kita rase puas beli sumthing yg datang dr hasil titik peluh kita..
kita ni mmg suke matching2 baju,beg ngan kasut satu ketika dulu…tp skang dah kureng sket since dah ada anak2…anak2 menjadi keutamaan..cume bile rase nak beli sangat yg diminati tu (yg sampai tdo teringat2 la), sy akan simpan duit dan beli yg mahal sket utk pakai lama…so far beg paling mahal sy beli brand BONIA,RM800++ tp dah masuk 4 tahun still pakai lagik…:)…satisfied glerrr…
@Madeha : Betul tu, beli untuk kepuasan. Pakej harga beg yang mahal didatangkan dengan kualiti yang tiada bandingan. Lama jugak hayat beg sampai 4 tahun tu, ni mesti cermat jugak ni. Apa yang boleh dikatakan di sini, bila beli beg mahal, penjagaannya juga diberi lebih perhatian. Akak yang selama ni buang je dust bag, tiba-tiba jadi disiplin. Lapas pakai, bersihkan beg dan simpan dalam dust bag, takut berhabuk. Kat UK handbag branded ni mahal tak? Kalau murah sikit, boleh lah kirim eh?
hhmm…bukan nak perasan, tp sy mmg cermat gler pakai barang especially kalau reganya pk dua tiga kali nak beli…pasal beg kay cni, saya ada jugak survey2…reganya takdelah mahal sangat…akak nak brand apa..sya kekadang usha jugak Coach, LV, Gucci, Jane Shilton..akak cakaplah brand apa,nanti sya tlg tengok2kan..:)
Thanks Mai. Hehehe, kalo LV and Gucci tu tak mampu nak pakai, yang Coach tuh pun tengok design, agak2 le yang mampu nak cekup. Hehehe, nanti akan ku layangkan emel eh.
wah kakfique akhirnya ada coach!! hehe.. ok la tuh.. beli online dari US memang brbaloi..murah berbanding butik kat KL. kam dah byk kali beli online..
Oh yeah Kam. Akhirnya….
Hehehe, I’m officially addicted to online shopping. Kering poketku!
fique kau online shopping kat website mane? kawan aku bagi website tazglobal.blogspot.com. aku pun tak try tengok lagi. cube la..