of the ex-NPT clan

18 05 2009

May this friendship remains stronger each day.

APC Collages





Bandung Trip (Part 1)

18 05 2009

Pada tanggal 2 hingga 6 Mei 2009, kami bertiga telah pergi bercuti ke negara jiran, Indonesia. Destinasi : Bandung dipilih memandangkan lokasi inilah yang paling disyorkan setelah bancian dibuat di pejabat. Sebelum menempah tiket, harus tanya dulu pendapat-pendapat kengkawan.

Rancangan asalnya, bertolak ke Jakarta dengan MAS, kemudiannya ambil train terus ke Bandung, sekurang-kurangnya dapatlah menjenguk dan menjejakkan kaki ke  bumi Jakarta. Seterusnya perjalanan pulang, direct flight from Bandung to LCCT, Malaysia. Rasionalnya, setelah hebat bershopping, bagi memudahkan urusan luggage, lebih baik terbang dari Bandung berbanding ke Jakarta. That was the initial plan.

Pagi kejadian, setelah jantung aku berdebar-debar sejak mencelikkan mata, kami sekeluarga telah ketinggalan pesawat. Alhamdulillah, aku redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada sebab mengapa kami ditakdirkan ketinggalan pesawat. Wallahualam. Tanpa rasa panik dan kesal, aku terus mengheret Zam dan Rifqi ke kaunter MAS. Bila ditanya tambang sehala untuk kami tiga beranak ke Jakarta, rasa nak pitam pun ada. Jumlah total : RM 2200. Woi, aku nak shopping kat Bandung la, bukan kat kaunter MAS. Masa tu terbayang bertimbun-timbun telekung yang aku bakal dapat beli dengan duit sebanyak RM2200. Psiko eh!

Takpe, aku cakap dengan adik yang jaga kaunter tu, bookkan dulu ye, nanti akak konfirmkan. Lemme check with the OTHER airlines dulu. Aku ambil handphone, dial 103, minta operator sambungkan. Dapat talian, terus check availablity. Ada tiga flights dari KL-Bandung, 9.30 a.m. (dah terbang pun masa tu), 10.30 a.m. (konfirm tak sempat) dan yang last buat hari tu flight at 6.55 p.m. Terus decide on the last flight dan bergegas kami ke kaunter AirAsia . Dapat je tiket, balik rumah rehat-rehat. Cukup masa terus ke LCCT; dan seperti yang dijangkakan, flight kami delay 2 jam. Adoi, kebas punggung menunggu. Nasib baik hotel kat Indonesia willing to reserve the room regardless pukul berapa pun kami touchdown di sana. Tragik!

Malam tanggal 2 hb. kami selamat tiba di Lapangan Terbang Bandung tepat jam 10.30 p.m. waktu Indonesia. Aku ingatkan adalah advantagenye ambil HOT SEATS AirAsia ke Bandung nih, tapi hampeh, airportnya yang kecil tuh kurang efisien. Keluar awal pun takde maknanya sebab tempat check barang adalah merupakan tempat nak claim luggage. Nak tak nak, kena tunggu semua passenger clear, barulah luggage keluar. Bengang juga malam tu.

Sampai je hotel, mandi, solat dan terus tidur. Tak sabar nak explore Jalan Dago, esok hari. Wee-hoo…

IMG_2714

Pic : Rifqi tidur dengan nyenyaknya

bersambung……