Bandung Trip (Part 2)

7 06 2009

Nak menaip Part 2 ni pon, kene kumpul semangat berminggu-minggu (heh!)

Come morning, lepas siap apa yang patut, kami bertiga menapak sepanjang Jalan Dago ala-ala backpackers. Pit stop yang pertama KFC. Sebelum nak explore, mesti makan dulu, baru ada tenaga. Menu di KFC, not bad. Di KFC, kami makan set ala-ala bento yang diberi nama Colonel Yakiniku. Sedap (enough said).

Selesai sarapan, kami menapak lagi menuju ke outlet FO sepanjang Jalan Dago. Masa kami menapak ni, memang ada aje Angkutan yang hon-hon ajak naik, tapi nak adventure punya pasal, bolayan je. Patah lah jugak tangan Zam dukung Rifqi yang dah 13 kg ++. Nyeh nyeh.

Kami sempat singgah di Kartika Sari, tempat yang menjual Pisang Molen (paling best dan sedap). Memandangkan hari masih awal, kami lepak dan pusing-pusing dalam kompleks tu. Sempat lah jugak sambar dua blouse Indon dan satu beg yang diidamkan. Semasa proses membeli-belah berjalan, Zam bawa Rifqi pergi main di tempat permainan yang dikhaskan untuk budak-budak. Just to kill the time. Yang bestnya, parents pun boleh main jugak!

Seterusnya, kami jalan-jalan lagi ke FO yang lain. Pokoknya, semua FO kami masuk. Memang tak semua yang menarik tapi kalau tak masuk, rugi. Setiap FO, jual barang lain-lain, mostly la. Petang tu, Bandung hujan. Bila dah hujan, perut pun lapar, singgah sekejap di kafe Grande. Minum minuman resmi Indonesia – teh botol Sosro dan pisang keju. Zam makan mee goreng. Sedap! Sewius!

Lepas balik hotel untuk rehat dan buat apa yang patut, malamnya kami dinner di hotel saja memandangkan Rifqi tertidur awal. Takpe, banyak hari lain nak jalan-jalan, ni lah untungnya cuti-cuti Free and Easy; tak terikat dengan jadual. Nanti sambung Part 3 pula ye! Tunggu

IMG_2730

Teh yang sewius sedap! Betul, tak tipu…