Yang Sudah Tu Sudah?

15 05 2008

Majlis APC Tahun 2007 Kementerian usai sudah, lewat pagi tadi.

Namun yang janggalnya, aku masih gusar, seolah-olah program tersebut masih belum selesai. Yang mana tidak selazim tahun-tahun sebelumnya (sudah dua tahun aku menguruskan APC Kementerian)… Iya, seharusnya aku merasa lebih senang hati kerana tahun ini secara rasminya aku bukan lagi ’pegawai meja’ yang berkenaan. Tetapi entah mengapa, dada berdebar-debar menggetar perasaan.

Semenjak pagi semalam, aku hanya sempat melelapkan mata selama 10 minit. Itu pun terlena di depan komputer semasa waktu rehat tadi. Mata enggan terbuka, minda terlampau tepu. Dek kerana masalah bertimpa-timpa sepanjang gerak kerja program.

Seboleh-bolehnya aku enggan menuding jari kepada sesiapa. Kerana aku sedar, satu jari yang menuding ke arah seseorang, masih ada empat jari lagi menuding ke arahku. Walau bagaimanapun seandainya orang itu yang bersalah, aku rasakan perlu untuk ditegur demi menjamin kelancaran majlis.

Jujur kukatakan, berada di tempat dan Bahagian sekarang merupakan satu cabaran buat diriku. Cabaran dalam menjalankan tugas baru dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Cabaran dalam menyesuaikan diri dengan new management. Daripada perkara-perkara ini, ingin kupetik kata-kata sahabatku Encik RIR lewat pertemuan kami petang semalam;

 ” Cabaran yang paling sukar untuk dihadapi dalam sesebuah organisasi adalah untuk menwujudkan social capital sesebuah organisasi itu sendiri”

Melihat senario terkini dan berdasarkan pemerhatian sepanjang gerak kerja majlis ini, kurasakan elemen togetherness dan trust di Bahagian ini masih goyah. Kufikir sekiranya benar-benar elemen-elemen ini menjadi tiang seri rumah HRD, semestinya sudah tiada lagi istilah ‘unit kami dan unit kamu’. Pelik tapi itulah yang berlaku. Kuperhatikan seolah-olah masing-masing sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengenakan sesuatu sama lain. Peluang untuk menjadi bintang di atas kecundangnya orang lain.

Sepanjang berada di HRD, inilah julung-julung kalinya kuberada di Kementerian ketika saat insan lain nyenyak dibuai mimpi dan ketika waktunya ayam jantan memulakan kokokkan di subuh hari. Malam tadi jua dapat kukenali rakan-rakan di kala susah dan senang. Rakan-rakan yang sanggup bersekang mata, meminjamkan kudrat untuk menyelesaikan perkara yang masih terbengkalai.

Malam tadi jua aku diperlihatkan dengan sikap rakan-rakanku yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan perkhidmatan. Kusifatkan mereka ini kurang nilai rasa empati . Malang sekali! Tidak perlu aku sebutkan siapa mereka, cukuplah sekadar kucoretkan sebagai peringatan. Buat diriku khususnya dan yang lain amnya.

Ingin jua kukhabarkan,

Majlis kali ini mengundang kata-kata kurang enak di kalangan sebilangan warga. Kebanyakkannya mengenai senarai penerima dan perjalanan program. Aku tiada komen mengenai perkara pertama kerana keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia adalah muktamad. Berkaitan perkara seterusnya, benar; kuakui masih banyak ruang-ruang untuk diperbaiki. Yang tulusnya, kami di HRD mengharapkan kritikan yang membina dan cadangan yang bernas untuk sebaik boleh menjadikan majlis ini pada tahun seterusnya lebih gemilang.

Kurasakan cukup sudah bicara kali ini. Kusambung kemudian, ya.

Buat masa ini aku ingin menyahut seruan Illahi, mengadap Penciptaku memohon ketenangan jiwa.





Kesal

19 02 2008

Aku bengang dengan **s kawanku yang kelabu dan sengal.

Harapkan gred saja yang tinggi tapi kosong peribadi dan skil.

Aku kesian dengan **s Kecik (yang terpakai mengikut tafsiranku). Bahana **s Besar yang sama-sama kelabu dan sengal.

Noktah.





Work Like A Bee, Everybody!

27 11 2007

I would have posted an entry if it wasn’t because of the emcee-ing thing with Dr. H.M. Tuah this morning;

…and the seemed never ending meeting this afternoon. Gosh! Too many things to do and yet too little time to complete. So help me God.





Work..Work..and More Work

22 08 2007

~Things Meant To Be Settled By The End Of This Week~

1. prepare Anugerah Pekerja Contoh Paperwork

(Fuh! Finally, the paper is ready and has Puan’s approval)

2. prepare Succession Planning Paperwork

(Yup, i’m working hard on it. It’s sooo difficult to complete your work whenever the other party tends to delay the information, huhu)

3. recite Poem for Perhimpunan Kompleks E

(An ad-hoc activity indeed. I have not memorise all the words yet. In time..in time..)

4. <attend Majlis Tautan Budi

(I feel a bit reluctant to attend the event as the dress code for the night is batik. Batik kat rumah tak jahit-jahit lagi)

5. read Harry Potter and The Deathly Hallows

(I am hooked on it, what else can I say? Potter rules!)





Good Maid

23 11 2006

Looking at my workplace at the moment, reminded me of a catchy quote from my former Geography teacher, Miss Zarina back in school. One day, her Mother went berserk and fussed up because her Brother messed up his room. She shouted “This place is a mess!”. D’you know how her Brother replied? “Mother, this mess is a place”. Yup, this mess is a place! Anyway, I’m trying my best to clean it up. At least when the time has come, the next person to be seated here won’t have problems replacing my things. Hopefully.

Mess 1 Mess 2 Mess 3





Good Day Ahead???!!!

18 09 2006

It is Monday Morning! 

After Sunday, here comes Monday. Who on Earth does not know that, huh? Quite a tiring Monday after a weekend spent in Malacca. Definitely not for leisure but work instead. However the retreat can be considered as a good one for the room was very comfortable and way beyond expectation, the location was near to Mahkota Parade and other interesting places as well. The only setback would be the food. There were not enough varieties and the waiters were not doing their job efficiently.  The retreat went well. I found out that the talks given by the facilitators from INTAN were very helpful in my process in developing my own Fail Meja. At times, we were a bit stressed out, but still, we managed to at least complete 70% of the task given. I can now fully understand the differences between Fail Meja and Manual Prosedur Kerja. It does not take a genius to figure that out! So for now, my target would be to complete my Fail Meja A.S.A.P. By the way, having to complete two Fail Meja, mean that I will have to manage my time wisely. Hopefully, this week, I will be free of any disturbance. May I be blessed with calm and peaceful atmosphere. Amin.

 Seri Costa HotelSeri Costa HotelSeri Costa HotelSeri Costa HotelMalaccaMalaccaSeri Costa Hotel





A Disastrous Week Indeed…

15 09 2006

I’m feeling a bit lethargic tis’ morning. Probably because of the extra loads of pizza that I took last nite. Somehow my eating style has changed tremendously. The breakfast would be the usual three stooges thingy and lunch is to be skipped for I normally opt for heavy breakfast. Things start to swerve in the late evening though. I’ll start to have craving for cakes! But only Secret Recipe’s cakes. Eww…this is gross. If I keep consuming cakes religiously, no doubt that I’m going to gain some kilos in a short time. A tragedy in the making….indeed.


Nevertheless, I can’t seem to object that SR cakes are worth buying. The ways the cakes melt in your mouth are addicting. Hmm, this week has been a busy one. With JKP and PIN meetings topping up my to-do list, I can’t seem to find time at all to scribble something here. Anyway, I’m off to Malacca this afternoon for HR retreat on FM and MPK. Hopefully this retreat will be a fruitful one. Till then, ciao