Cerita Kaum Hawa

12 05 2009

I have a confession to make.

Selama 28 tahun aku hidup di dunia ni, pada aku handbags hanyalah accessories. Tak pernah merupakan sesuatu yang ada dalam my MUST HAVE list. Topping the chart would be shoes dan ni pun dulu-dulu la sebabnya semenjak ada Rifqi ni yang paling utama adalah semuanya berkaitan dengan anak; susu anak, baju seluar anak, kasut anak, insurans anak, klinik panel anak dan macam-macam lagi yang ada perkataan anak dibelakangnya.

Percaya atau tidak, selama berkhidmat dengan Kerajaan ni, handbags yang aku ada hanyalah lima biji aje. Tiga biji handbags Sembonia warna hitam (nak tangkap Bonia, aku tak mampu) dan dua biji lagik handbags Rorine warna creme dan hitam (beg Mak bagi, aku pakai jugak walaupun tak berkenan sangat! Hehehe…). Daripada lima biji handbags ni, dua h/bags Sembonia tu dah punah, tinggal satu je lagik, whereas h/bags Rorine tu, yang warna creme (satu set dengan kasut) telah diambil oleh Kakak Cleaner kat ofis ni. Aku dah buang dalam tong sampah, tapi sebab dia minta, aku bagilah. Sampai sekarang Kakak tu kalau datang vakum kat workplace aku, mesti sengih je bila tengok bawah meja bersepah dengan kasut. Tunggu masa je…*LOL* Beg Rorine hitam tu pulak ada beradu di atas rak, penuh dengan resit-resit barang yang aku kumpulkan. Jadi, h/bag apakah yang aku gunakan sekarang?

I will reveal the answer later.

Percaya atau tidak, aku juga tak pandang sangat dan tak pernah minat pun dengan h/bags. In my opinion, adalah sesuatu  tak praktikal untuk beli beg yang harganya melebihi RM 200. Aku ingat lagi, beg Sembonia harga RM 100 ++ yang aku beli dulu pun terketar-ketar juga nak bayar.  Namun ini bukannya bermakna aku seorang penjimat, oh! tidak sama sekali. I beg to differ that!

Jenama h/bags yang aku kenal pun setakat yang ada di Malaysia je, Carlo Rino, Sembonia, Bonia. Yang canggih sikit macam Nine West, Le Sportsac, Baby Phat dan etc. adalah jenama h/bags yang aku kenal melalui pembacaan makalah favouritasku – Cleo (PeeTeeDee sepatutnya baca makalah ilmiah, aku terbalik pulak, glossy mags jugak aku baca). Coach pun aku baru kenal masa pegi kursus BTN M44 (Februari 2008, lepas puji beg Erra yang aku rasa cantik gile). Hahaha, thanks to Erra sebab introducekan aku dengan Coach ni. Teruk tul aku, ketinggalan zaman betul!

Betapa tak kisahnya aku dengan dunia h/bags, sehinggalah satu saat tu, aku boleh konfius signature ‘C’ Coach dengan Carlo Rino. Kronik kan?! And that was THE turning point.  Kini aku dah nampak cahaya di hujung terowong yang gelap itu. Perkenalan secara maya dengan Sis Ana, dah membantu mencelikkan mataku yang agak layu ni. Sekurang-kurangnya buat masa ini, aku dah kenal beberapa jenis h/bags yang kewl contohnya Anya Hirchmarch, (Etienne) Aigner, XOXO, Liz Clarborne, MBMJ, KVZ, Fossil, Kipling dan beberapa lagi. Ada yang dah masuk closet pun. LV is way out of  reach, baik aku buat menda lain dengan duit tu. Nyeh nyeh.

Dulu kalau ke Alamanda, mesti aku nak menjengah ke outlet-outlet tertentu nak cuci mata (Zam mesti borink, bila ritual ni bermula) tapi sekarang tidak lagi. Sebabnya aku dah ada personal shopper. Order online jer, bayar duit, cukup masa yang dijanjikan, terima parcel. Kewl. Lagipun shopping online, tak perlu nak iron baju dan tudung, letak makeup dan bagai, pokoknya memang hassle free lah. Boleh shopping atas katil, sambil baring-baring. Rileks dan santai. Dan yang pentingnya untuk tidak merasakan bahawa aku hanya beli barang aku je, barang untuk Zam dan Rifqi pun dipesan secara online. Mudah. Senang. Praktikal.

Jadinya, apa yang ingin aku perkatakan kat sini, aku sekarang ni dah tau serba sedikit mengenai dunia beg tangan dan sedang mendalami ilmu shopping online. Next pit stop, dunia e-bay pula. Mungkin kengkawan aku ramai yang dah advance, boleh lah share ilmu eh. I’ma taking baby steps each time.

Dan seperti yang dijanjikan ini snapshot beg yang aku gunakan sekarang. Ada improvement, eh?

Duffle Bag





Penggayaan Bahasa Yang Baharu

12 05 2009

Blog,

Percubaan menulis dengan gaya yang lebih santai. Soon.

XOXO





Cerita Minggu Lepas

13 04 2009

Entri ini adalah entri untuk mencuci semua habuk-habuk yang terkumpul dalam blog ini. :)

Minggu lepas = Minggu yang memenatkan.

1. Lil’ Rifqi masuk wad di An-Nur sebab ‘bronkiol asthma’.

2. Outstation macam lipas kudung ke KL-KB-KL-KUC. (Balik Putrajaya, tukar beg dan tidur di An-Nur)

3. Ligamen kaki terkoyak selepas terseliuh di airport Kuching ketika arrival. (habis program memborong terubuk masin aku!)

4. Wan sakit di kampung, sedangkan Mak di Lumut, Perak manakala Ayah di Kuantan, Pahang (aku tak balik kampung, tapi sedih dengan perkara yang menimpa-nimpa).

5. Barney yang aku beli untuk Lil’ Rifqi MIA sekejap. (Penat cari tau!)

(update : Barney Lil’ Rifqi, Baba jumpa dalam bekas Coleman yang selalu digunakan Rifqi untuk memanjat di dapur)

Huhuhu…





Cuti-cuti Malaysia; Destinasi : Langkawi

17 02 2009

Sunyi benar blog ini tanpa update terbaru. Bukannya tiada perkhabaran untuk dikongsi, cuma jemari malas mengetuk papan kekunci komputer. Sudah dua (2) bulan berlalu dan ini adalah entri sulung ziggurats.wordpress.com dalam tahun baru, 2009. Justeru, kupersembahkan foto-foto ketika di Langkawi lewat Januari lepas untuk tatapan.

p/s: ziggy sedang mengalami writer’s block.

langkawi-0032

langkawi-0022

langkawi-006

langkawi-0111

langkawi-0171

langkawi-0321

langkawi-0401

langkawi-0511

langkawi-0641

langkawi-110

langkawi-129

langkawi-148





Sandakan (Siri 1)

12 11 2008

Hukhukhuk…banyak betul habuk, bersawang-sawang sarang labah-labah. Almaklumlah, ditinggal biar selama lebih kurang sebulan.

Seperti biasa, alasan kliseku apabila tidak mengemaskinikan blog – digigit virus kemalasan. Dan kali ini tiada bezanya. *senyum*. Seriusnya, banyak yang ingin dikongsi tetapi setiap kali mengadap komputer, jari jemari ini sukar betul untuk mengetuk butang-butang papan kekunci. *senyum lagi*

Sebagai makluman, entri kali ini tidak akan meliputi peristiwa Hari Raya yang lalu. Cukuplah sekadar melayari gambar Aidilfitri di Facebook, ya. Entri kali ini hanya akan mengetengahkan diariku selama seminggu di Negeri di Bawah Bayu. Layan saja, ya!

Pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Temuduga telah membawa aku dan Sya ke Sandakan, Sabah. Tempat yang selama ini hanya kubaca dalam buku teks sekolah. Seingat aku Sandakan dikenali ramai kerana terdapat tempat pemuliharaan orang utan iaitu di Sepilok. Jadinya, motif utama aku dan Sya selain daripada menjalankan tanggungjawab sebagai penemuduga, adalah untuk menjejakkan kaki ke tanah Sepilok (baca: perlu ambil gambar di papan tanda sebagai bukti!)

Tanggal 26 hb. kami bertolak dengan pesawat MAS ke Sandakan, Sabah. Penerbangan terus ini mengambil masa lebih tiga jam. Bosannya tak terkata, kami tidur, menyembang, tidur dan menyembang lagi. Habislah majalah yang ada dibaca dari kulit depan ke belakang. Hebatkan!

Jejak kaki saja di Sandakan, terus check in ke Hotel Sandakan yang merupakan hotel 4 bintang. Kami dikenakan tambang sebanyak RM22 dari lapangan terbang ke hotel. Sepanjang perjalanan, kuperhatikan kawasan sekeliling. Boleh tahan juga perkembangan di Sandakan. Tidak jauh lari dari arus pembangunan.

Tiba di hotel, masuk bilik, letak barang, terus saja kami mencari tempat untuk mengisi perut. Petang itu kami makan di Mix Cool stall. Perkhidmatannya teramatlah lambat. Menunggu makanan tiba sahaja, air minuman sudah separuh gelas. Nasib baik masakannya sedap.

Setelah kenyang, kami bergegas mencari teksi untuk ke Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant. Tempatnya tidak jauh dari hotel. Tambang yang dikenakan adalah RM8, walau bagaimanapun, oleh kerana kami meminta pemandu teksi menunggu sementara kami berdua melawat tempat dan yang pentingnya bercamwhoring, tambang pergi balik termasuk kos menunggu adalah RM20. Okeylah tu..(meminjam ayat Saida, peserta AF6).

Mari kita tengok gambar dulu ye..

signage

Welcome to Agnes Keith House!

agnes-keith-house

Di hadapan pintu gerbang ke Agnes Keith House

lamppost1

Bergambar di tiang lampu

walking1

Mendaki naik ke pintu gerbang (lihat: di belakang Sya adalah rumah Agnes Keith)

atas-laut

Pemandangan Teluk Sandakan

Setelah puas melawat Rumah Agnes Keith (baca: kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah), kami membasahkan tekak di English Tea House & Restaurant (ETH&R). Menjejakkan kaki di sini membuatkan aku terasa seperti berada di zaman Kolonial. Perhiasan dan suasana sekeliling amat cantik dan indah. Sayang sekali gazebo semuanya sudah penuh, kami hanya berpeluang minum petang di kafeteria. Sementara menunggu hidangan petang tiba, kami sekali lagi mengambil peluang merakamkan gambar kenangan di ETH&R. Di samping itu, kami juga tidak melepaskan peluang mencuba permainan Inggeris iaitu Lawn Croquet. Menarik!

eth

Jom masuk ke English Tea House & Restaurant!

ordering

Nak makan apa ya?

banana-split

Pilihanku – Traditional Banana Split (baca: sedap, tapi tak dapat dihabiskan kerana sakit tekak, rugi betul!)

dessert2

Soft Center Chocolate Cake (baca: Kami berdua sempat merasa kesedapan kek ini sebelum Sya menjumpai benda aneh di dalamnya…)

croquette

Mencuba permainan croquet

us2

Di depan pintu gerbang English Tea House & Restaurant

Uuh..entri ini akanku sambung kemudian ya, sudah hampir pukul enam petang. Perlu ambil Lil’ Rifqi di taskanya. Malam ini sekiranya lapang dan tidak digigit virus kemalasan, satu lagi entri akan menyusul.

Ciao!





Raya Wishes

26 09 2008

Wishing all of you Eid Mubarak and enjoy of Eid!





Iftar@Johnny’s Alamanda

26 09 2008

We love Thai steamboats from Johnny’s!





Iftar@Mi Casa

22 09 2008

It took me two (2) weeks to plan out things for yesterday and alas, it went well; despite the last-minute cancellation by both Zam’s friend + fiancee and Cnot. Too bad as they missed out lotsa super nice things such as Zam’s signature curry and Nanie’s Moist Batek Cake (yummie!). And owh, not to mention of course, the joy of meeting new and old friends. Maybe next time, eh?

Therefore, here goes the bajillion thanks to Ris, Kak Arnie, Nora and Am for coming. You guys rawk and really made my day. It’s been ages since we last meet up, and I am sure this will be a begining to something that will bind us closer than ever.

Having the opportunity to catch up on the recent news, the ups and downs of this fella-that fella, gossiping, rekindling the friendships, reminising the good old days (uni life) and sharing a tips or two made me crave for more and even more gatherings. We shall do this more often, guys. Really.

Till next gathering!

Love y’all!

 

 





Of Lil’ Rifqi

22 09 2008

Splash!

p/s : While Baba scrubbed the floor, Rifqi enjoyed his mandi session in a tub!





Dia Hanya Dipinjamkan Buat Seketika…

17 09 2008

Lewat tengahari semalam, aku dikejutkan dengan berita sedih dan memilukan hati. Salah seorang sahabat OneZeroFivers sedang meratap kehilangan anak sulungnya yang baru berusia enam (6) bulan. Aku termangu seketika selepas menerima perkhabaran itu dari jiran sebelah rumahku menerusi YM. I find it hard to digest the news.

Tengahari itu, Ayue memberi perkembangan terkini dan serba ringkas keadaan di hospital. Katanya sahabat OneZeroFivers itu dan isterinya sudah tenang dan redha dengan pemergian anak kesayangan mereka. Tersentuh benar hati bila mendengarnya.

Alhamdulillah, lewat petang semalam setelah selesai tugas di pejabat, aku tergerak hati untuk menelefon sahabatku. Panggilan telefon diangkat oleh isterinya. Katanya mereka masih dihospital. Lantas kuajak jiranku (sepanjang bulan puasa ini, kami berkongsi kereta ke pejabat) pergi ke sana segera. Mujur jua Allah mempermudahkan laluanku, kebetulan jua Yeye (Cu Yen) tiba di rumah sejurus selepas kami sampai. Rifqi kutinggalkan bersama Yeyenya. Mujur juga si kecil faham.

Kami bergerak pantas ke hospital; terus menuju ke Bilik Mayat. Suasana hening meyelubungi. Di atas pelantar, aku lihat jenazah sedang dimandikan. Ibu dan Ayahnya ada disisi. Si ibu menyambut ziarah kami dengan senyuman dan ucapan terima kasih kerana sudi menziarah. Aku tidak mampu menahan air mata lagi melihat ketabahannya. Ya Allah, Kau kurniakanlah kesabaran kepada mereka berdua.  Aku hanya mengangguk tatkala isterinya berkata-kata.

Menurut isterinya, mereka telah membuat perancangan untuk ke Indonesia dalam sedikit masa lagi kerana adiknya akan bergraduat. Tiket telah pun dibeli; namun mungkin tiada rezeki katanya. Aku masih mengangguk dan terusan menitiskan air mata. Aku lihat isterinya jua membendung air mata dari gugur.

Kemudiannya kami semua terdiam, sunyi seketika.

Isterinya berkata lagi. Katanya baru-baru ini mereka telah membeli banyak lampin bayi berikutan ada jualan murah, untuk dibuat stok. Sekarang, tanpa adanya permata hati mereka, katanya dia tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan stok lampin tersebut. Dan aku masih lagi mengangguk dan terus-terusan menitiskan air mata. Aku lihat isterinya jua masih cuba membendung air mata dari gugur.

Kemudiannya kami terdiam lagi, suasana hening.

Hanya kedengaran bunyi air yang dijirus ke badan jenazah.

Sekali lagi isterinya berkata-kata. Katanya, mereka ada membuat perancangan untuk mengabadikan potret mereka bertiga di Pasar Seni, namun masih belum berkesempatan. Agak terkilan katanya. Sekali lagi aku mengangguk dan menitiskan air mata. Sambungnya lagi, “Tadi saya ada bercakap dengan suami, pesan kami pada Fique, sekiranya ada apa-apa perancangan yang hendak dibuat bersama-sama anak, teruslah laksanakan, jangan bertangguh, nanti menyesal.” Dan kali ini aku betul-betul menangis.

Ketika petugas memberi peluang kepada pasangan suami isteri itu untuk memandikan anak mereka buat kali terakhir, sayu dan hiba betul hati bila melihat isteri mengusap-usap kepala jenazah anak mereka dan menyapu titisan air di wajah jenazah. Menunjukkan betapa kasihnya dia terhadap anak itu. Selepas ini tiada lagi senyuman dan ketawa anak ketika diagah. Tinggallah Ibu dan Ayah sendirian.

Selesai memandikan, isterinya berkata lagi. Menurutnya, dia nampak anaknya seperti sedang tidur, tenang dan aman. Aku terdiam. Sambungnya lagi sambil tersenyum; sebelum ini katanya dia yang akan memandikan anaknya, dan kali ini dia melihat orang lain pula melakukannya. Aku terdiam lagi.

Petang hening itu, aku menyaksikan jenazah anak mereka dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dipangku untuk dibawa pulang ke rumah, iaitu sebelum dikebumikan di Presinct 20 pada jam 9 malam. Dan petang itu jua, aku menyaksikan ketabahan kedua-dua orang sahabatku ini yang bergelar Ibu dan Ayah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan. Dugaan yang aku sendiri tidak pasti samada akan mampu kulalui.

Buat Arman dan Ima; salam takziah kuucapkan. Ketahuilah, bahawa anak suci itu akan menanti Ibu dan Ayahnya di pintu Syurga.

Amin.